Tips Menghias Ruang Yang Sempit Agar Kelihatan Luas
"Rasanya bilik Linda tadi sama besar saja luasnya dengan bilik aku ? Perabot dan barang-barang sama saja, tak ada yang membezakannya. Tapi, bilik aku ni rasa sempit betul. Mungkin dia ada hiasan agaknya tadi. Aku pun cari jugalah hiasan, tapi hiasan apa yang sesuai ya?" Aduh... syoknya kalau dapat ruang yang besar dan luas ! Boleh letak apa sahaja yang diinginkan tanpa perlu risau jadi sempit. Apatah lagi bergerak dengan bebas tanpa perlu risau terlanggar bucu katil atau kotak mahupun perabot yang tersusun di lantai. Jom, saya kongsikan tips menghias ruang yang sempit agar kelihatan luas. 1. Cat Ruang Dengan Warna Lembut Dan Ringan Warna-warna terang dan ceria misalnya memang menambah seri kediaman namun ia boleh membuatkan satu-satu ruang kelihatan kecil. Warna lembut dan ringan seperti putih, krim, kelabu pucat dan biru awan pula boleh membuat ruang yang kecil nampak luas. 2. Guna Perabot Pelbagai Fungsi Elakkan meletak banyak perabot dalam rua