Tips Menghias Ruang Yang Sempit Agar Kelihatan Luas
"Rasanya bilik Linda tadi sama besar saja luasnya dengan bilik aku ? Perabot dan barang-barang sama saja, tak ada yang membezakannya. Tapi, bilik aku ni rasa sempit betul. Mungkin dia ada hiasan agaknya tadi. Aku pun cari jugalah hiasan, tapi hiasan apa yang sesuai ya?"
Aduh... syoknya kalau dapat ruang yang besar dan luas ! Boleh letak apa sahaja yang diinginkan tanpa perlu risau jadi sempit. Apatah lagi bergerak dengan bebas tanpa perlu risau terlanggar bucu katil atau kotak mahupun perabot yang tersusun di lantai.
Jom, saya kongsikan tips menghias ruang yang sempit agar kelihatan luas.
1. Cat Ruang Dengan Warna Lembut Dan Ringan
Warna-warna terang dan ceria misalnya memang menambah seri kediaman namun ia boleh membuatkan satu-satu ruang kelihatan kecil.
Warna lembut dan ringan seperti putih, krim, kelabu pucat dan biru awan pula boleh membuat ruang yang kecil nampak luas.
2. Guna Perabot Pelbagai Fungsi
Elakkan meletak banyak perabot dalam ruang yang kecil kerana ia akan membuatkan ruang itu nampak padat, malah sukar untuk bergerak.Beli perabot yang mempunyai pelbagai fungsi seperti kerusi ottoman yang mempunyai ruang penyimpanan.
3. Letak Cermin
Salah satu tips menghias ruang sempit agar menampilkan ruang yang luas adalah dengan meletakkan cerimn didalamnya.
Dalam contoh ini, cermin diletakkan pada bahagian pintu wardrobe untuk menjimatkan ruang dan menjadikannya lebih lapang. Bijak ke idok ?
4. Guna Perabot Yang Tidak Mengambil Banyak Ruang
Sebaiknya beli perabot yang bersaiz kecil untuk ruang kecil. Perabot bersaiz besar biasanya akan memakan ruang yang lebih luas.
Dalam contoh di atas, kita boleh lihat katil yang digunakan amat ringkas dan tidak mempunyai bahagian ' kepala '. Ini bukan saja menjimatkan ruang, tetapi memberi kesan yang lebih luas.
5. Atau, Letak Satu Perabot Besar Sahaja
Jika anda masih mahu guna perabot bersaiz besar dalam ruang kecil, pastikan hanya perabot itu sahaja diletakkan dalam ruang itu.
Ini adalah satu lagi tips menghias rumah yang sempit agar tidak terlalu sarat dengan barang, lalu menjadikannya nampak kecil iaitu letakkan satu perabot sahaja.
Sebaiknya guna material yang ringan dan berwarna lembut jadi sinaran matahari yang menerangi ruang menghasilkan pandangan yang luas.
Sebaliknya jika memasang langsir tebal, suasana gelap menjadikan ruang yang kecil nampak lebih kecil.
Langsir juga lebih elok diposisikan pada kedudukan tinggi atau ' full height ' untuk memberi ilusi ruang yang tinggi.
7. Tambah Rona Gelap Pada Siling
Rona gelap jika digunakan pada siling akan memberi gambaran ruang yang lebih besar dengan siling yang tinggi.
Comments