Senarai Semak Lengkap Pindah Rumah
Berpindah boleh membawa tekanan hidup yang besar.
Kita perlu berurusan dengan banyak pihak, kita perlu ambil perhatian ke atas beribu perkara dan dengan penambahan fakotor "pasangan dan anak-anak". Ia boleh menyebabkan kacau bilau selama beberapa minggu.
Walaubagaimanapun, ada caranya untuk anda kurangkan stress semasa berpindah lanya dengan beroperasi dengan cara tersusun dan menggunakan senarai semak (Checklist).
Kami telah sediakan Senarai Semak Berpindah Lengkap untuk kemudahan pindah rumah anda!
6 Minggu Sebelum
- Ambil Gambar Rumah Anda
Bukan sahaja ini boleh membekalkan nostalgia dalam 10 ke 15 tahun akan datang, ia boleh juga digunakan untuk rujukan bagi tujuan sebut harga.
- Selidik Khidmat Pindah Rumah
Terdapat pelbagai jenis servis pindah rumah yang boleh didapati. Ada yang menawarkan khidmat penuh termasuk pembungkusan, pembalutan dan pemindahan. Ada juga yang menawarkan khidmat tenaga kerja dan lori sewa sahaja.
- Sediakan Sebuah Fail Dokumen Penting
- Dapatkan Pelan Rumah Baru
Pastikan untuk mendapatkan pelan rumah yang bakal diduduki daripada pemaju supaya mudah untuk membuat perancangan penyusunan perabot kelak.
- Dapatkan Bekalan
Pastikan untuk menyediakan barang-barang keperluan seperti kotak, pita pelekat, pembalut plastik dan sebagainya sebagai persediaan untuk membungkus barang-barang yang bakal dipindahkan kelak.
5 Minggu Sebelum
5 Minggu Sebelum
- Melabelkan Barang
Memulakan proses melabelkan barangan seperti barangan untuk ruang dapur, ruang tamu, bilik tidur dan sebagainya.
- Simpan, Jual dan Buang
Bagi mana-mana barangan yang masih elok hendaklah disimpan rapi untuk dibawa ke rumah baru, manakala bagi barangan yang masih elok tapi tidak diperlukan eloklah sekiranya dijual kepada jiran-jiran atau kenalan ataupun didermakan kepada badan-badan kebajikan yang terdapat di kawasan kediaman. Manakala pula bagi barangan yang sudah tidak elok hendaklah dibuang sahaja. Ini bagi memastikan supaya proses perpindahan dapat berjalan dengan lancar kelak.
4 Minggu Sebelum
- Sahkan Khidmat Pindah Rumah
Setelah membuat survey, pastikan anda mengesahkan perkhidmatan pindah rumah yang bakal anda gunakan.
- Mula Mengemas
Proses mengemas barangan dimulakan dengan meletakkan barang-barang ke dalam kotak yang telah disediakan serta labelkan barangan-barangan tersebut.
- Tukar Alamat
Pastikan untuk menukar alamat di semua pihak seperti di bank, syarikat insuran, majikan, syarikat Astro dan sebagainya.
1 Minggu Sebelum
- Sahkan Syarikat Pindah Rumah
Mengesahkan syarikat pindah rumah yang dilantik dengan menghubungi kembali dan mengesahkan tarikh dan masa serta beberapa maklumat peribadi.
- Sediakan First Day Kit
Pada hari pertama pindah rumah, tuan rumah akan memerlukan beberapa barangan penting seperti tuala, sabun mandi, tisu,berus gigi dan sebagainya sebelum memunggah kesemua barangan yang dibawa. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya barangan seperti yang disebutkan itu diletakkan di dalam satu beg asing yang mudah untuk dibawa kemana-mana.
1 Hari Sebelum
1 Hari Sebelum
- Ingatkan Pemindah Sekali Lagi
Membuat panggilan sekali lagi kepada syarikat pindah barang untuk memastikan mereka peka dengan tarikh perpindahan yang ditetapkan.
Hari Pindah
- Lakukan Semakan Terakhir
Pastikan kesemua barang-barang yang nak dibawa ada bersama. Sebelum keluar rumah pastikan kesemua suis dan tingkap telah ditutup dan rumah dalam keadaan yang bersih.
Hari Selepas Pindah
- Menyesuaikan diri
Menyesuaikan diri dengan suasana di rumah baru, dengan persekitaran di luar rumah serta dengan kemudahan yang disediakan oleh kawasan kejiranan anda.
- Berkenalan Dengan Jiran
Apabila pindah ke rumah baru, haruslah sesorang itu berkenalan dengan jiran-jiran yang terdapat di sekeliling rumahnya. Hal ini adalah penting kerana apabila berkenalan dengan jiran-jiran, kita boleh tahu apa yang sedang berlaku di kawasan perumahan baru kita di samping jiran juga boleh membantu kita jika kita berada di dalam kesusahan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, rancanglah dengan teliti sekiranya hendak pindah rumah atau pejabat. Kami berharap agar info yang diberikan ini dapat membantu tuan/puan dalam proses pemindahan tuan/puan.
Sekiranya tuan/puan ingin mendapatkan khidmat pemindahan barang sama ada untuk rumah atau pejabat, tuan/puan boleh dapatkan khidmat ini di syarikat kami TRIO LOGISTIC (M) SDN BHD di info@triogroups.com.my atau boleh call kami di 019-2768279 atau boleh layari facebook kami Trio Mover.
Credited to thelorry.com
Credited to thelorry.com
Comments