7 TIPS MENCAPAI AZAM TAHUN BARU 2019


Haa dah masuk tahun baru ni mesti setiap orang dah tanam azam baru kan? Ada yang berazam nak kurus, azam nak berjaya dalam kerjaya dan sebagainya. Tapi yakin ke yang kita dapat capai azam kita untuk tahun ni? Di sini terdapat 7 tips yang boleh digunapakai oleh kita semua dalam mencapai cita-cita kita pada tahun 2019 ini.

Tips 1: Langsaikan hutang.

Bila sebut je hutang pasti semua teringatkan duit kan? Tapi hutang yang saya maksudkan di sini adalah hutang azam kita pada tahun-tahun lepas. Adakah azam kita pada tahun 2017 dan 2018 sudah tertunai? Sekiranya belum hendaklah kita tunaikan azam kita yang terdahulu barulah kita tumpu untuk azam yang baru. Ini kerana apabila kita menangguh azam-azam kita yang lepas, ia akan menyukarkan kita untuk melaksanakan azam baru pada tahun berikutnya.

Tips 2 : Perbaiki Diri.

Adalah lebih elok sekiranya kita memperbaiki segala kelemahan diri kita dari mempelajari sesuatu yang baru. Dengan mengatasi kelemahan diri peluang kita untuk mencapai azam baru pada tahun tersebut akan menjadi lebih cerah.

Tips 3 : Motivasi Diri.

Memotivasikan diri adalah sangat penting dalam melaksanakan sesuatu azam. Kita akan menjadi lebih berdisiplin dan bersemangat dalam menggapai azam kita pada tahun tersebut.

Tips 4 : Rajinkan Diri.

Sekiranya mahu azam kita pada tahun tersebut tercapai, kita haruslah merajinkan diri kita dalam membuat sesuatu. Contoh azam pada tahun ini kita hendak mendapatkan berat badan ideal. Kita hendaklah rajin membuat kajian tentang cara pemakanan, rajin membuat senaman dan sebagainya.

Tips 5 : Melakukan Pengecualian.

Melakukan sebarang pengecualian adalah tidak digalakkan dalam mencapai sesuatu azam. Ini kerana terlalu banyak pengecualian akan membantutkan semangat kita untuk mencapai azam pada tahun tersebut. Contoh sekiranya azam kita adalah untuk mengurangkan makanan berminyak, tetapi pengecualian pada hujung minggu akan membuatkan kita susah untuk mendisiplinkan diri untuk tidak makan makanan berminyak. Seterusnya akan membuatkan peluang untuk mencapai azam kita musnah.

Tips 6 : Catatkan Azam.

Untuk memastikan azam kita tercapai, kita hendaklah mencatat azam kita tidak kira di mana contohnya di peti ais, kalendar atau di mana-mana asalkan tertangkap oleh pandangan mata kita. Ini untuk memastikan yang kita sentiasa beringat akan azam kita pada tahun tersebut.

Tips 7 : Kongsikan Dengan Orang sekeliling.

Kongsikan azam kita dengan orang yang berada di sekeliling seperti ibu bapa, adik beradik atau rakan-rakan supaya mereka boleh menjadi pembakar semangat kita untuk mencapai azam pada tahun tersebut. 


Saya berharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda semua untuk mencapai azam anda pada tahun baru ini. Selamat tahun baru semua;D


TRIO LOGISTICS (M) SDN BHD.

PAKAR PERPINDAHAN ANDA.
www.triogroups.com.my 
atau
Whatsapp : 019-2768279

Comments

Popular posts from this blog

Langkah2 Menghadapi Musim Sejuk

PERISTIWA ISRA' DAN MI'RAJ