Langkah2 Menghadapi Musim Sejuk
Oleh itu, penting untuk kita mengetahui langkah-langkah untuk menjaga kesihatan diri jika berada di negara yang sedang mengalami musim sejuk. Antara langkah-langkah menghadapi musim sejuk adalah :-
- Amalkan minum minuman yang panas seperti kopi atau teh panas.
- Mandi dengan menggunakan air suam, elakkan mandi terlalu kerap terutama di waktu malam.
- Pastikan tubuh badan dalam keadaan kering sebelum keluar dari bilik hotel/rumah.
- Pakai pakaian yang tebal dan selesa. Lagi tebal pakaian lagi baik untuk mengekalkan suhu badan.
- Rajinkan diri kita untuk basuh tangan supaya dapat mengelakkan dari sebarang jangkitan kuman.
- Makan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan untuk memastikan badan kita mendapat bekalan vitamin yang mencukupi untuk sistem imunisasi.
- Banyakkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein. Elakkan makanan yang mempunyai lemak berlebihan.
- Pastikan air suam sentiasa dibawa ke mana2 .
- Pastikan kain mafla sentiasa menutupi setiap rongga badan seperti mulut, hidung dan telinga semasa berada di luar kawasan hotel/rumah.
- Buka tingkap bilik selama 30 minit sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk pengudaraan yang baik.
- Membuat senaman ringkas untuk meningkatkan suhu badan.
- Jauhi makanan ringan kerana ianya boleh melemahkan sistem imunisasi badan.
P/S: Sekiranya berlaku frostbite (jari, hidung atau telinga bertukar pucat/kebiru-biruan), segeralah rendam di dalam air suam atau tutup dengan kain yang tebal.
Bersama-samalah kita menitikberatkan keselamatan diri semasa berada dalam cuaca yang sejuk.
Pesanan ikhlas dari:-
Trio Logistics (M) Sdn Bhd
Pakar Perpindahan Anda.
Pesanan Tips Penjagaan Kesihatan Keika Musim Sejuk ini dibawa dari: PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG.
Comments