Tips Pindah Rumah



Anda merancang untuk pindah rumah ? tapi tak tahu nak mulakan dari mana.
Jangan risau kami akan membantu anda untuk menyelesiakan masalah tersebut! Jom kita lihat tips pindah rumah....

1. Pastikan anda tiada apa-apa komitmen atau temu janji pada hari perpindahan.


Susah juga kalau pada saat terakhir baru anda teringat tentang temu janji yang dibuat 2 minggu lepas.Pastikan anda betul-betul lapang pada hari tersebut. Sebaiknya, pilihlah hari minggu atau cuti umum.

2. Buat senarai semak ( Checklist ).

Tuliskan kesemua perkara yang perlu dilakukan sebelum dan selepas hari perpindahan. Ini membuatkan kerja-kerja yang anda lakuakan akan lebih teratur dan sistematik.

3. Hantar notis kepada tuan rumah.


Sekiranya anda menyewa, anda dikehendaki memberi notis kepada tuan rumah mengikut terma dan syarat yang dipersetujui kedua-dua belah pihak.


4. Hubungi pihak bank, syarikat utiliti ( TNB, SYABAS ), Astro, Insurans dan Lain-lain untuk kemaskini alamat.




Memudahkan anda berkomunikasi dengan syarikat-syarikat berkenaan.


5. Jangan lupa untuk langsaikan kesemua bil.


Kesemua bil seeloknya dibayar sebelum hari perpindahan.


6. Kaji dan cari syarikat lori untuk tujuan perpindahan yang sesuai.


Dapatkan sekurang-kurang 6 sebut harga daripada syarikat lori yang berbeza untuk memahami harga pasaran bagi service sewa lori atau anda boleh ke website ini ( https://triogroups.com.my/wp3/ ). Pastikan juga anda berbincang dengan pengusaha lori tersebut tentang saiz lori yang diperluakan serta terma dan syarat yang ditetapkan.


7. Jual barang lama dan gunakan duit untuk bayar sewa lori.

Jika anda mempuyai barang lama seperti perabot, lebih baik anda menjualnya kepada rakan-rakan atau anda boleh masuk ke dalam http://mudah.my/ untuk menjual barang lama anda.


8. Nyahfros ('Defrost') peti sejuk sehari sebelum perpindahan dan lap apa-apa cecair.


Untuk mengelakkan lantai anda basah daripada cecair-cecair di dalam peti ais.


9. Sediakan " Barang-barang hari pertama ".



Mungkin anda terlalu penat untuk mengeluarakan barang-barang didalam kotak pada hari pertama. Seeloknya anda menyediakan " Branag-Barang " hari pertama di dalam kotak/beg berasingan seperti baju, berus gigi, bantal, tuala, pinggan, cawan & sudu plastik, tisu dan barang-barang keperluan lain. Pastikan anda mengambil perkhidmatan pembungkusan yang terlatih dan profesional


10. Beli kotak dan pita pelekat.

Untuk dapatkan bahan yang perlu digunakan dalan kerja-kerja perpindah, boleh contact kami di https://triogroups.com.my/wp3/contact-us/ dan juga boleh lihat jenis-jenis bahan di page blog yang seterusnya.


11. Mula dengan bilik yang jarang digunakan seperti stor.


Orang tua-tua cakap yang mudah didahulukan.


12.  Balut barang yang mudah pecah.


13. Label kotak supaya dapat memudahkan kerja.

Ini menyenangkan kerja syarikat lori anda memunggah barang ke tempat yang sepatutnya.

14. Asingkan barang berharga.


Seperti barang kemas, jam tangan, laptop.

Comments

Popular posts from this blog

Langkah2 Menghadapi Musim Sejuk

7 TIPS MENCAPAI AZAM TAHUN BARU 2019

TIPS PERSEDIAAN DALAM MENGHADAPI BANJIR