TIPS PERSEDIAAN DALAM MENGHADAPI BANJIR
Bulan Disember ini merupakan bulan di mana seluruh negeri di Malaysia sedang menghadapi musim hujan terutama sekali negeri-negeri di kawasan pantai timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan. Mereka memanggilnya sebagai Musim Tengkujuh atau Musim Bah. Kenapa musim Bah kerana pada musim inilah terdapat banyak kawasan kampung atau perumahan yang berada di kedudukan yang agak rendah akan mengalami banjir tidak kira sama ada banjir besar atau kecil. Apabila banjir berlaku, bukan sahaja harta benda akan rosak teruk malah turut membahayakan nyawa penduduk seperti penularan penyakit berjangkit. Oleh itu, haruslah kita mengambil langkah-langkah persediaan dalam menghadapi musim banjir ini. Di sini terdapat 3 persediaan untuk menghadapi banjir iaitu persediaan sebelum, semasa dan juga selepas banjir. Sebelum Banjir Mendapatkan maklumat banjir melalui saluran media seperti televisyen, radio atau akhbar. Mengenalpasti tempat pem