TIPS PERSEDIAAN DALAM MENGHADAPI BANJIR





         Bulan Disember ini merupakan bulan di mana seluruh negeri di Malaysia sedang menghadapi musim hujan terutama sekali negeri-negeri di kawasan pantai timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan. Mereka memanggilnya sebagai Musim Tengkujuh atau Musim Bah. 

         Kenapa musim Bah kerana pada musim inilah terdapat banyak kawasan kampung atau perumahan yang berada di kedudukan yang agak rendah akan mengalami banjir tidak kira sama ada banjir besar atau kecil. Apabila banjir berlaku, bukan sahaja  harta benda akan rosak teruk malah turut membahayakan nyawa penduduk seperti penularan penyakit berjangkit.

        Oleh itu, haruslah kita mengambil langkah-langkah persediaan dalam menghadapi musim banjir ini. Di sini terdapat 3 persediaan untuk menghadapi banjir iaitu persediaan sebelum, semasa dan juga selepas banjir.


Sebelum Banjir

  • Mendapatkan maklumat banjir melalui saluran media seperti televisyen, radio atau akhbar.
  • Mengenalpasti tempat pemindahan banjir.
  • Memastikan saluran sungai atau longkang di kawasan kita tidak tersumbat.
  •  Letakkan dokumen-dokumen penting dalam satu bekas yang kalis air dan simpan di tempat yang selamat(tinggi,bertutup,senang dicapai).
  • Menyimpan segala bekalan makanan, bekalan air bersih dan ubat-ubatan yang mencukupi.
  • Sediakan barang keperluan asas seperti susu anak, pakaian dan sebagainya sebelum arahan berpindah dikeluarkan.
  • Memastikan ahli keluarga mengetahui dan memahami situasi banjir yang bakal dihadapi.
  • Letakkan kenderaan di kawasan yang tidak dinaiki air.
  • Pastikan segala contact number seperti nombor  ahli keluarga terdekat disimpan dan dibawa ke tempat pemindahan.
  • Sekiranya ada haiwan peliharaan, pastikan letakkan mereka di tempat yang selamat kerana haiwan peliharaan tidak boleh dibawa ke pusat pemindahan.
  • Dapatkan insuran banjir sekiranya perlu.


Semasa Banjir

  • Pastikan terus ke lokasi pemindahan banjir bila arahan dikeluarkan. Seeloknya berpindah pada siang hari untuk tujuan memudahkan disamping demi keselamatan ahli keluarga.
  • Pastikan anak-anak kecil tidak bermain air banjir.
  • Pastikan untuk membawa segala dokumen penting, barang keperluan yang telah disediakan sebelum ini bersama.
  • Pastikan bekalan air dan elektrik ditutup sebelum keluar dari rumah.
  • Sentiasa pantau berita banjir yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
  • Ikut laluan banjir yang diberikan untuk ke pusat pemindahan.
  • Elakkan dari menyentuh mana-mana kabel atau soket yang terjatuh.
  • Elakkan dari meminum atau memasak dengan menggunakan air yang tercemar.


Selepas Banjir

  • Jangan pulang ke rumah selagi tidak mendapat kebenaran.
  • Periksa keadaan rumah sama ada masih selamat untuk didiami.
  • Pastikan masuk ke dalam rumah dengan memakai kasut.
  • Pastikan rumah bebas dari haiwan berbisa.
  • Periksa sekiranya ada paip air atau gas yang bocor semasa banjir.
  • Laporkan segala kerosakan kepada pihak berkuasa.
  • Bersihkan kawasan rumah dari segala kekotoran banjir.
  • Pastikan air yang digunakan bersih dan dimasak dengan sempurna.


Credited to:
Jabatan Penerangan

Comments

Popular posts from this blog

7 TIPS MENCAPAI AZAM TAHUN BARU 2019

Langkah2 Menghadapi Musim Sejuk

PERISTIWA ISRA' DAN MI'RAJ