CARA-CARA UNTUK MENCEGAH AEDES
Semenjak dua menjak ni kes demam denggi yang berlaku di negara kita semakin parah. Ia malah sampai ke tahap turut mengorbankan nyawa mereka yang dijangkiti. Penyakit demam denggi ini berpunca dari jangkitan virus yang terhasil dari gigitan nyamuk Aedes Aegypti yang telah dijangkiti. Oleh itu, untuk mengelakkan lebih banyak lagi nyawa yang terkorban, eloklah sekiranya kita mengambil langkah-langkah untuk membanteras nyamuk Aedes ini. Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk membanteras nyamuk Aedes adalah: Sentiasa membersihkan bekas tadahan air seperti kolah atau tempayan, cuci bekas sehingga bersih dan gantikan dengan air yang baru. Sentiasa membuang air yang terdapat di piring-piring pasu dan gosok sedikit untuk memusnahkan telur nyamuk. Tutup bekas simpanan air dengan rapat bagi mengelakkan dari dimasuki nyamuk. Buang dedaun yang terdapat di saliran air atap rumah bagi mengelakkan ianya tersumbat dan menghalang air dari mengalir. Gunakan ubat nyamuk. Gunakan ke