CARA-CARA UNTUK MENCEGAH AEDES




Semenjak dua menjak ni kes demam denggi yang berlaku di negara kita semakin parah. Ia malah sampai ke tahap turut mengorbankan nyawa mereka yang dijangkiti. Penyakit demam denggi ini berpunca dari jangkitan virus yang terhasil dari gigitan nyamuk Aedes Aegypti yang telah dijangkiti. Oleh itu, untuk mengelakkan lebih banyak lagi nyawa yang terkorban, eloklah sekiranya kita mengambil langkah-langkah untuk membanteras nyamuk Aedes ini. Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk membanteras nyamuk Aedes adalah:

  1. Sentiasa membersihkan bekas tadahan air seperti kolah atau tempayan, cuci bekas sehingga bersih dan gantikan dengan air yang baru.
  2. Sentiasa membuang air yang terdapat di piring-piring pasu dan gosok sedikit untuk memusnahkan telur nyamuk.
  3. Tutup bekas simpanan air dengan rapat bagi mengelakkan dari dimasuki nyamuk.
  4. Buang dedaun yang terdapat di saliran air atap rumah bagi mengelakkan ianya tersumbat dan menghalang air dari mengalir.
  5. Gunakan ubat nyamuk.
  6. Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan ‘repellent’ jika perlu.
  7. Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  8. Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  9. Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Sekiranya terdapat simptom-simptom demam denggi, segeralah berjumpa dengan pegawai perubatan yang berdaftar. Semoga kita semua terlindung dari segala penyakit yang berbahaya. Amiiinn..

Credited to Portal MyHealth

Pesanan ikhlas dari:
Trio Logistics (M) Sdn Bhd

Comments

Popular posts from this blog

7 TIPS MENCAPAI AZAM TAHUN BARU 2019

Langkah2 Menghadapi Musim Sejuk

PERISTIWA ISRA' DAN MI'RAJ