AWAS PENYAKIT "RUSA ZOMBI".


Pernah dengar tentang penyakit berjangkit yang melibatkan haiwan seperti penyakit anjing gila atau wabak selesema burung? Kali ini tular pula wabak penyakit yang boleh membawa maut di kalangan rusa, elk dan juga moose. Wabak ini dikenali sebagai Chronic Wasting Disease(CWD) atau juga dikenali sebagai penyakit 'Rusa Zombi'.

Akibat dari penyakit ini, haiwan yang dijangkiti akan mengalami :-

  • Kehilangan berat badan secara drastik.
  • Langkah yang terhuyung-hayang.
  • Kehilangan koordinasi tubuh.
  • Telinga yang kelihatan melepek.
  • Air liur sentiasa meleleh, hilang rasa takut pada manusia.
  • Juga akan bertindak secara agresif.

Wabak ini akan merebak melalui cecair tubuh seperti air liur, darah, najis atau air kencing haiwan yang dijangkiti.


Setakat ini sudah 24 negeri di AS dijangkiti wabak CWD ini sejak Januari dan tidak mustahil ianya akan mula merebak ke negara-negara lain juga. Tambahan pula setakat ini pakar masih belum menjumpai cara pencegahan kepada wabak CWD ini.


Pakar juga telah memberi amaran kepada penduduk di sekitar AS supaya berhati-hati kerana khuatir wabak CWD ini boleh berjangkit kepada manusia kerana kajian telah dibuat dan penyakit ini boleh berjangkit kepada spesis mawas yang mempunyai genetik seakan manusia.


Penduduk dinasihatkan untuk tidak memakan daging rusa dan seangkatan dengannya kerana bimbang haiwan itu telah dijangkiti dengan wabak CWD. Penduduk juga dinasihatkan supaya peka dengan simptom-simptom penyakit ini sebagai langkah berjaga-jaga.


Sumber : Berita Awani

Comments

Popular posts from this blog

Langkah2 Menghadapi Musim Sejuk

7 TIPS MENCAPAI AZAM TAHUN BARU 2019

TIPS PERSEDIAAN DALAM MENGHADAPI BANJIR