PERISTIWA ISRA' DAN MI'RAJ


Isra' dan Mi'raj merupakan perjalanan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah S.W.T di dalam satu malam dengan menaiki sejenis haiwan yang bernama Buraq (kepantasannya bersamaan kelajuan cahaya).

Peristiwa Isra' dan Mi'raj ini berlaku pada 27 Rejab 721 Hijrah selepas berlakunya 2 perkara yang besar dalam kehidupan Rasulullah iaitu kematian isteri kesayangan baginda Saidatina Khadijah dan bapa saudara kesayangan baginda, Abu Talib.


Isra' adalah perjalanan Nabi Muhammad S.A.W dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin.


Mi'raj pula adalah perjalanan Nabi Muhammad S.A.W dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha seterusnya ke Arasy Allah S.W.T.


Sebelum memulakan perjalanan baginda, Malaikat Jibrail telah membelah dada Rasulullah lalu dikeluarkan hati baginda untuk dibuang segala kekotoran dan  dicuci dengan air zam-zam,. Seterusnya Malaikat Jibrail telah memasukkan segala kebaikan iman dan hikmah lalu icantumkan semula dada baginda.


Dengan menaiki Buraq, Rasulullah melalui beberapa tempat sambil diiringi Malaikat Jibrail. Setiap lokasi tersebut iaitu negeri Thaibah atau Madinah yang akan menjadi tempat penghijrahan, Bukit Tursina tempat Nabi Musa as. mendapat wahyunya dan Baitul Laham, tempat kelahiran Nabi Isa as. Pada setiap persinggahan, Rasulullah saw. akan bersolat dua rakaat

.
Banyak perkara yang berlaku di sepanjang perjalanan Nabi Muhammad S.A.W pada malam Isra' dan Mi'raj ini. Contohnya seperti Rasulullah diperlihatkan akan hukuman bagi mereka yang meninggalkan suruhan Allah, ganjaran kepada mereka yang taat pada perintah Allah S.W.T, serta baginda bertemu dengan seorang wanita tua yang berjalan terbongkok-bongkok sambil bertanyakan soalan kepada baginda. Malaikat Jibrail mengatakan itu adalah gambaran kepada usia dunia pada ketika itu.

Sesampainya di Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis Palestin, Malaikat Jibrail telah memberikan minuman susu dan arak kepada baginda Rasulullah, akan tetapi Rasulullah telah memilih susu untuk diminum.


Selesai perjalanan Isra', baginda Rasulullah telah diangkat ke langit melalui 7 lapisan langit dengan menaiki tangga yang asalnya dari syurga.


Pada langit pertama, Rasulullah S.A.W telah bertemu dengan Nabi Adam A.S. Di langit kedua pula baginda bertemu dengan Nabi Yusof A.S. Di langit ketiga baginda bertemu Nabi Isa A.S dan Nabi Yahya A.S. Langit keempat bertemu Nabi Idris A.S. Di langit kelima bertemu Nabi Harun A.S. Di langit keenam, Rasulullah telah bertemu dengan Nabi Musa A.S dan para nabi. Di langit ketujuh, baginda bertemu pula Nabi Ibrahim A.S. 


Rasulullah SAW telah meneruskan perjalanan baginda sehingga ke tempat teratas yang dinamakan  Hadhratul Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab yang membolehkan Rasulullah saw. melihat sendiri Allah swt. dengan matanya. 


Di sinilah Allah telah memerintahkan Rasulullah untuk solat sebanyak 50 waktu sehari. Setelah itu baginda Rasulullah telah bertemu kembali Nabi Musa A.S di langit keenam. Baginda Nabi Musa A.S menyuruh agar Rasulullah memohon kepada Allah SWT  agar mengurangkan waktu solat dari 50 waktu kepada 5 waktu sehari kerana baginda yakin umat Nabi Muhammad SAW tidak akan mampu untuk solat 50 kali sehari. Baginda Rasulullah berulang alik merayu kepada Allah SWT agar dikurangkan waktu solat kepada 5 kali sehari. Allah akhirnya memperkenankan permohonan baginda untuk dikurangkan waktu solat.


Ketika di langit, Rasulullah telah dibawa melihat syurga dan neraka beserta isinya. Ketika di Baitul Makmur, baginda telah melihat orang sedang bertawaf di Kaabah dan Nabi Ibrahim sedang duduk bersandar di Baitul Makmur. Di sinilah baginda Nabi Ibrahim telah mengajarkan Rasulullah SAW khalimah Tamjid, “LAH HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.” dan “SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-‘AZHIM.”



Rasulullah SAW akhirnya dibawa turun semula ke Masjidil Aqsa dan seterusnya pulang ke Masjidil Haram di Mekah. Selesai perjalanan Isra' dan Mi'raj  baginda Rasulullah SAW yang berlaku hanya di dalam tempoh satu malam sahaja.

Oleh itu, wajib ke atas umat Islam untuk solat 5 waktu sehari semalam dan memperingati peristiwa Isra' dan Mi'raj ini kerana ia adalah bukti betapa sayangnya Rasulullah SAW terhadap seluruh umatnya.

Pakar Perpindahan Anda,
Trio Mover.

Untuk pertanyaan, boleh hubungi :-

Whatsapp : www.wasap.my/60192768279
Website : www.triogroups.com.my


Comments

Popular posts from this blog

7 TIPS MENCAPAI AZAM TAHUN BARU 2019

Langkah2 Menghadapi Musim Sejuk