PERSEDIAAN DI BULAN RAMADHAN


Ramadhan kembali lagi!!! Lagi beberapa hari umat Islam akan menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh barakah ini. Ibadah puasa ini adalah menahan diri dari makan dan minum serta melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. Oleh itu, pentingnya untuk umat Islam mempersiapkan diri mereka sebelum tibanya bulan yang mulia ini.

Antara persiapan yang perlu dilakukan ialah :-
  • Menjaga kesihatan diri sebaik mungkin.
- Seharusnya kita menjaga kesihatan tubuh badan kita supaya dapat menjalani ibadah puasa dengan aman dan sempurna.
  • Memahami hukum serta perkara2 yang dilarang ketika sedang berpuasa.
- Wajib untuk kita mengetahui perkara2 yang dilarang ketika sedang berpuasa, ini adalah untuk mengelakkan dari ibadah puasa kita menjadi sia2.
  • Pastikan segala hutang puasa pada tahun sebelumnya sudah dilangsaikan.
- Terutamanya wanita, wajib untuk kita menggantikan puasa yang telah kita tinggalkan pada tahun sebelumnya sebelum tibanya bulan Ramadhan pada tahun tersebut. Sekiranya hutang puasa tersebut dibawa ke tahun berikutnya, hendaklah menggantikan puasa tersebut di samping membayar fidyah.
  • Mengambil tahu amalan2 sunat yang digalakkan ketika puasa.
- Mengetahui serta memahami amalan2 sunat yang digalakkan ketika di bulan Ramadhan, contohnya seperti membaca Al-Quran, solat terawih, bangun di sepertiga malam, bersedekah dan bermacam-macam lagi amalan yang boleh meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada Allah S.W.T .
  • Menjaga percakapan.
- Menjaga segala percakapan kita dari mengumpat, mengeji serta berkata-kata yang tidak baik dari awal sebelum tibanya Ramadhan kerana dikhuatiri akan menjadi kebiasaan di bulan Ramadhan kelak seterusnya mengurangkan pahala puasa kita.
  • Berazam untuk terus istiqamah dalam melakukan ibadah kerana Allah.
- Sentiasalah beribadah hanya kerana Allah S.W.T bukan kerana hendak menunjuk kepada orang lain.
  • Melatih diri untuk berlapar dan dahaga.
- Kurangkan pengambilan makanan untuk melatih perut kita menghadapi bulan Ramadhan tidak lama lagi.

Kesimpulannya, untuk menjalani ibadah puasa ini pentingnya kita untuk menjaga kesihatan jasmani dan juga rohani kita. Semoga ibadah puasa kita nanti diterima si sisi Allah S.W.T. Amiiinnn....

Trio Logistics (M) Sdn Bhd ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam terutamanya di Malaysia.

Pakar Perpindahan Anda,
Trio Logistics (M) Sdn Bhd.

Untuk pertanyaan, boleh hubungi :-

Whatsapp : www.wasap.my/60192768279
Website : www.triogroups.com.my

Comments

Popular posts from this blog

7 TIPS MENCAPAI AZAM TAHUN BARU 2019

Langkah2 Menghadapi Musim Sejuk

PERISTIWA ISRA' DAN MI'RAJ